SERIE A
Joao Felix cemerlang dalam penampilan sulung bantu Milan singkir Roma
AC Milan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Coppa Italia setelah menundukkan AS Roma 3-1 di San Siro awal pagi tadi.
Tammy Abraham menjadi wira buat Rossoneri dalam perlawanan menentang kelab asalnya, dengan penyerang yang kini dipinjamkan dari Roma itu mempamerkan aksi cemerlang.
Abraham menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama sebelum Joao Felix, yang melakukan penampilan sulung bersama Milan, melengkapkan kemenangan dengan satu penyudah yang menajubkan.
Iklan
Abraham membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi tandukan yang berpunca daripada hantaran silang Theo Hernandenz.
Penyerang berusia 27 tahun itu sekali lagi mencetak nama selaku penjaring sebelum tamat babak pertama, kali ini dengan menyempurnakan satu gerakan berpasukan yang cantik, dengan Hernandez sekali lagi bertindak selaku perancanag utama.
Roma merapatkan jurang sembilan minit selepas babak kedua bersambung menerusi jaringan pemain gantian, Artem Dovbyk.
Namun, Joao Felix, yang dimasukkan sebagai pemain gentian, memastikan kelebihan dua jaringan Milan kembali terjamin apabila melakukan satu penyudah lambung yang cukup bergaya.
Tijjani Reinjnders kemudiannya tertampan bola ke gawang sendiri, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan VAR mendapati terdapat pemain berada di kedudukan ofsaid dalam situasi sebelum jaringan berlaku.
Dengan itu, Milan berjaya mempertahankan kelebihan dan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir, di mana mereka bakal berdepan sama ada Inter Milan atau Lazio.
Must-Watch Video