Skip to main content

Bola Sepak

J-League: Dion Cools ditarik, penyokong Jepun 'maki' pengadil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Penyokong Cerezo Osaka berang dengan keputusan pengadil berikutan insiden menimpa pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, ketika pasukan itu tewas 0-3 kepada Machida Zelvia dalam aksi J1 League di Stadium Machida GION semalam.

Dalam perlawanan itu, ada insiden di mana Cools kelihatan ditarik pemain lawan tetapi dia yang dipersalahkan pengadil, Hiroki Kasahara.

Perkara itu mendatangkan rasa tidak senang penyokong Cerezo, yang berkongsi potongan video berkenaan dalam laman sosial.

Salah satu akaun X dengan tanda nama @kodokodo1525951 berkata: "Memberikan faul buat Cerezo seperti itu, pengadil ini sudah gila.

"Kita kehilangan mata kerana rentak seperti ini? Apa benda yang sedang kau lakukan, si bodoh Kasahara?"

 


 

Advertisement

Must Watch Video