Pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe, berkongsikan dia akan memberikan masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi buat pengurus pasukan, Ruben Amorim, untuk membawa perubahan di Old Trafford.
Ini susulan jurulatih dari Portugal berusia 40 tahun mampamerkan aksi tidak konsisten selain menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu -kempen terburuk sejak 1973-74- di kedudukan ke-15.
Ketika ini, dalam saingan 2025/26 menyaksikan United berada di kedudukan ke-10 dengan hanya mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan.
"Dia tidak menjalani musim terbaiknya. Ruben perlu membuktikan bahawa dia jurulatih yang hebat dalam tempoh tiga tahun. Di situlah saya akan berada, tiga tahun, kerana bola sepak bukan tentang satu hari.
"Lihat Mikel Arteta di Arsenal, dia mengalami detik yang menyedihkan dalam beberapa tahun pertamanya.
"Mereka mahukan kejayaan dalam satu malam, mereka fikir ia seperti suis lampu." katanya.
Ratcliffe, memiliki 30% saham kelab itu daripada keluarga Glazer, namun dia mengawal keputusan utama membabitkan bola sepak.
Klik Sini

Despite a tough start to the season, Sir Jim Ratcliffe is supporting Ruben Amorim ? pic.twitter.com/91V7UhsyJc
— Football on TNT Sports (@footballontnt) October 8, 2025
"Dia tidak menjalani musim terbaiknya. Ruben perlu membuktikan bahawa dia jurulatih yang hebat dalam tempoh tiga tahun. Di situlah saya akan berada, tiga tahun, kerana bola sepak bukan tentang satu hari.
"Lihat Mikel Arteta di Arsenal, dia mengalami detik yang menyedihkan dalam beberapa tahun pertamanya.
"Mereka mahukan kejayaan dalam satu malam, mereka fikir ia seperti suis lampu." katanya.
Ratcliffe, memiliki 30% saham kelab itu daripada keluarga Glazer, namun dia mengawal keputusan utama membabitkan bola sepak.

Bersama Dalam Solidariti
Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.
Klik Sini