Dia meminta maaf kepada penyokong bola sepak negara di atas keputusan yang dilakukannya secara mengejut serta komited untuk meneruskan hubungan baik bersama Malaysia.
Pengendali dari Korea Selatan itu merupakan individu yang bakal meninggalkan pasukan negara manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain tetap kekal di Kelana Jaya.
2 kemeja bermotif batik sudah pun tersedia untuk di pakai di saingan Pesta Bola Merdeka dan Piala AFF, malangnya rencana berubah tanpa di duga, salah satu dari kemeje tersebut di pakai Kim Pan-gon dalam temubual eksklusif bersama Astro Arena hari ini@ASTROARENA pic.twitter.com/Nb7FNJI8em
— FinaNasrom (@fnasrom) July 21, 2024
"Semasa saya memutuskan peletakan jawatan, saya percaya ini bukan pengakhiran hubungan kita. Legasi dan hati saya disini. Saya ingin mengekalkan hubungan dengan Malaysia. Jika ada peluang untuk saya sumbang, saya akan sumbangkan.
"Suatu hari nanti jika saya merasa rindu tempat ini, saya akan kembali, tiada siapa tahu perkara itu. Ketika ini saya meminta maaf dengan keputusan yang mengejut. Pasukan kebangsaan perlu terus bergerak ke hadapan.
"Penyokong perlu pandang di depan, semua orang perlu sokong FAM, Datuk Hamidin kerana dia ketua yang bagus. Mungkin hanya hari ini saja bersedih, kemudian perlu bersedia untuk kejohanan lain terutamanya dalam kelayakan Piala Asia.