Skip to main content

Bola Sepak

'Jika pemain sanggup terima gaji RM10,000 termasuk kualiti baik memang bagus'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Pengurus besar Penang, Jeffrey Chew, kesal tiada kesedaran dan keperluan tangga gaji bagi pengurusan kewangan sesebuah pasukan bola sepak.

Skuad Harimau Kumbang itu adalah pasukan yang konsisten dalam memastikan pengurusan kewangan sepanjang musim dengan tidak dibelenggu dengan sebarang permasalahan.

Penetapan 'salary cap' perlu dibuat oleh mana-mana pasukan yang tidak memiliki bajet besar untuk dibelanjakan.

"Kami tidak cakap RM5,000 atau RM10,000, tetapi jika kami memulakan perkara ini, ada pemain yang akan menyertai kami.

"Tetapi, tentang kualiti pemain itu sedikit mencabar.

"Tiada sebarang garis panduan mengenai berapa banyakkah perlu dibayar kepada satu pemain.

"Terserah kepada kelab untuk membuat keputusan.

"Jika boleh mencari pemain yang sanggup menerima RM10,000 termasuk memiliki kualiti yang baik adalah formula yang magis," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.  

Selain itu, Jeffrey mengakui sedang membuka peluang untuk Penang mencari pemain baru yang memerlukan pasukan musim hadapan.

Ada pertimbangan daripada segi penetapan gaji, namun tetap ada garis panduan atau tangga gaji yang sudah ditetapkan Penang sejak beberapa musim lalu.

"Kami tidak akan mengambil peluang untuk memberikan gaji rendah kerana harus bersikap prihatin tentang apa yang berlaku.

"Kami cuba memberi apa yang pasukan mampu.

"Jika mereka selesa, mereka sangat dialu-alukan. 

"Jika mereka rasa ada pasukan yang boleh menawarkan gaji lebih baik, terserah kepada pemain itu," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video