Skip to main content

Bola Sepak

Jika kami mahu ketawa, kami ketawa, jika kami mahu menangis, kami menangis -- Aksi pertama Liverpool tanpa Jota

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
Liverpool memberikan penghormatan kepada Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva, dalam perlawanan pertama mereka sejak pemergian penyerang berusia 28 tahun itu.

Usai puluhan ribu datang membanjiri perkarangan Anfield dan kejiranan demi menghadiahkan perghormatan kepada pemain kebangsaan Portugal itu, aksi persahabatan bertemu Preston North End tidak sunyi daripada menyanyikan lagu untuk Jota.

Menjelang sepak mula, nyanyian 'You'll Never Walk Alone' bergema di sekitar Deepdale, dengan kapten Preston, Ben Whiteman, meletakkan kalungan bunga di hadapan penyokong Liverpool.

Pemain kemudian muncul dari terowong, diketuai oleh kapten, Mohamed Salah dan Whiteman, ketika penyokong mengangkat pelbagai bendera dan sepanduk sambil menyanyikan nama Jota.

Senyap seketika bagi mengenang Jota dan Silva kemudiannya diadakan sebelum sepak mula, dengan orang ramai turut berdiri untuk memberi tepukan kepada pasangan itu ketika permainan bermula pada minit ke-20.

The Reds muncul sebagai pemenang dengan kedudukan 3-1, dengan jaringan Conor Bradley pada minit ke-33 yang membuka tirai jaringan apabila dia melepasi Daniel Iversen dari jarak dekat.

 

Darwin Nunez menggandakan pendahuluan Liverpool lapan minit selepas rehat, sebelum memberi penghormatan kepada Jota dengan melakukan dua sambutan ikonik rakan sepasukannya.

"Jika kami mahu ketawa, kami ketawa. Jika kami mahu menangis, kami akan menangis," kata ketua jurulatih, Arne Slot.

"Jika mereka mahu berlatih, mereka boleh berlatih. Jika mereka tidak mahu berlatih, mereka tidak boleh berlatih. 

"Tetapi jadilah diri sendiri, jangan fikir anda perlu berbeza daripada emosi yang sering berbisik kepada memberitahu anda."

"Kami akan sentiasa membawanya bersama kami dalam hati kami, dalam fikiran kami, ke mana sahaja kami pergi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video