Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?
Zaki Zainal
Februari 10, 2024 10:46 MYT
Februari 10, 2024 10:46 MYT
Jika disingkap kembali sejarah ini adalah sejarah buat kedua-dua pasukan antara Qatar dan Jordan di Piala Asia 2023.
1. Qatar
Qatar merupakan juara bertahan kerana pada edisi 2019 mereka berjaya menewaskan juara empat kali Piala Asia, Jepun dengan skor 3-1 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Semangat membara buat pasukan Qatar raih kejuaraan berganda tahun ini apabila kali ini mereka bakal beraksi sebagai tuan rumah yang dihujani oleh ribuan fanatik mereka.
Qatar melangkah ke final Piala Asia 2023 dengan permulaan yang cemerlang apabila berjaya menghuni tangga pertama kumpulan A yang dihuni oleh Tajikistan, China dan Lebanon.
Qatar seterusnya berjaya menghantar Palestine pulang dengan skor 2-1 di pusingan 16, selepas itu mengalahkan Uzbekistan dengan penentuan penalti untuk 3-2 selepas terikat 1-1 di peringkat suku akhir, dan Qatar terus cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan Iran di peringkat separuh akhir dengan kemenangan dramatik 3-2.
2. Jordan
Jordan mencatatkan sejarah tersendiri untuk pertama kalinya ke final Piala Asia 2023
Pada empat edisi sebelumnya, pencapaian terbaik Jordan adalah berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik pada 2004 dan 2011 namun akur tewas kepada Jepun dan Uzbekistan pada ketika itu.
Jordan melangkah ke final Piala Asia 2023 dengan permulaan kurang baik apabila sekadar huni tangga ketiga terbaik dalam kumpulan E yang dihuni oleh Bahrain, Korea Selatan, dan Malaysia.
Mousa Al Taamari dan rakan sepasukan seterusnya berjaya menghantar Iraq pulang secara dramatik dengan skor 3-2 di pusingan 16, selepas itu mengalahkan Tajikistan dengan gol tipis 1-0 di peringkat suku akhir, dan sejarah tercipta apabila Jordan berjaya menumpaskan pasukan Jurgen Klinsmann di peringkat separuh akhir dengan dua gol tanpa balas.
Kalau admin secara peribadi pilih Jordan untuk jadi juara kali ini, kalau anda bagaimana? Qatar ke Jordan?