Ketua jurulatih Inter, Luciano Spalleti, menegaskan kelab itu hanya akan menjual Ivan Perisic ke Manchester United jika menerima tawaran yang berbaloi.
Pemain kebangsaan Croatia itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak beberapa minggu lalu tetapi masih tiada persetujuan dicapai oleh kedua-dua pasukan.
Pengurusi United, Jose Mourinho, mengakui bahawa beliau tidak pasti sama ada Perisic akan menyertai pasukan dan pemain sayap itu terlibat dalam perancangan pra-musim Inter apabila diturunkan beraksi ketika seri 1-1 dengan Schalke, kelmarin.
Spalletti menjelaskan beliau mahu pemain berusia 28 tahun itu kekal bersama pasukan tetapi dibenarkan untuk berhijrah jika Inter menerima tawaran yang berpatutan sebagai pelaburan dalam skuad.
"Dia merupakan pemain yang berkualiti dan jika masa depannya terletak di tangan saya, saya mahu memastikan Perisic terus bersama kami," katanya.
"Bagaimanapun, jika tawaran hadir dan Inter berpuas hati dengan tawaran yang diberikan, kami akan menggunakannya untuk menambah beberapa pemain ke dalam skuad."
Perisic's Cruyff Turn is a thing of beauty. pic.twitter.com/MIm98TAnLu

— Lacazette (@JAYSCHMIDT_) July 20, 2017