ACLE
Jika Arif Aiman mahu pergi, silakan -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan mengenai masa depan Arif Aiman Hanapi yang secara total terletak kepada pilihan pemain itu sendiri dalam memilih arah tuju karierya pada masa akan datang.
Terdahulu, nama pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila dikhabarkan menarik minat beberapa kelab dari Korea Selatan dan Iran.
Malah, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim itu turut menjelaskan dia tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal bersama Harimau Selatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, baginda berasakan pilihan terbaik Arif ketika ini adalah kekal bagi terus beraksi di saingan berprestij peringkat Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berbanding kelab biasa lain.
"Itu bergantung kepada Arif Aiman, bukan pada kami. Jika Arif Aiman mahu pergi, silakan. Jika dia mahu kekal, dia boleh kekal. Ia terpulang kepada pemain.
"Saya tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal, tetapi saya rasa dia gembira di sini, kerana di sini bukan sahaja ada peluang untuk memenangi kejohanan tetapi turut ada peluang untuk terlibat dalam kejohanan bertaraf Asia seperti ACLE.
"Sekiranya pergi ke pasukan biasa di luar negara, kamu tetap tidak boleh beraksi di pentas ACLE. Bagi saya keputusan bijak yang dia punyai adalah kekal di sini." katanya dalam sesi soal jawab bersama penyokong kelab itu baru-baru ini di Padang Seri Gelam.