Skip to main content

Bola Sepak

Jesus tetap sokong Fred jika ke United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fred_1xhiwhzxmk1yu1b5avldirjhkm.jpg
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus, mendedahkan dirinya akan tetap menyokong rakan sepasukannya, Fred, walaupun jika pemain tengah itu menyertai Manchester United.

Fred dikaitkan dengan perpindahan ke City ketika jendela perpindahan dibuka Januari lalu tetapi kini United tampak mendahului perebutan untuk mendapatkan bintang dari Shaktar Donetsk itu.

Dia tampil memberitahu pihak media bahawa masa depannya akan ditentukan dan diketahui selepas aksi Piala Dunia 2018 tatkala spekulasi dia bakal ke Old Trafford semakin meningkat.

Bagaimanapun, Jesus tidak mahu mencampur urusan rakan sepasukannya itu walaupun tidak dapat melengkapkan perpindahan ke Etihad sebelum ini.

"Saya bercakap dengan Fred ketika pertengahan musim dan spekulasi untuknya ke City wujud pada waktu itu," kata Jesus.

"Tentang United, saya tidak tahu. Setiap keputusan adalah hak peribadi Fred dan dia yang akan menentukan hala tuju kariernya. Saya tidak boleh bersorak untuk pasukannya tetapi akan tetap memberikan sokongan buat Fred."

Jesus dan Fred dijangka bakal memperkuatkan skuad Brazil bertemu Croatia dalam satu aksi persahabatan sebelum Piala Dunia, malam ini.

Advertisement

Must Watch Video