Skip to main content

Bola Sepak

Jerman, Belanda melangkah garang ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wolter.jpg

Juara Piala Dunia edisi 2014, Jerman, naib juara tiga kali, Belanda, menepati ramalan mara ke Piala Dunia 2026 selepas mengungguli saingan peringkat kumpulan.

Jerman mencipta kenduri gol selepas menewaskan pencabar terdekat dalam Kumpulan A, Slovakia, 6-0 di laman sendiri.

Advertisement

Skuad Die Mannschaft garang dalam babak pertama menerusi penyerang Newcastle United, Nick Woltemade pada minit ke-18 sebelum tiga gol lagi menerusi Serge Gnabry dan Leroy Sane yang meledak dua gol dalam babak pertama.

 



 

 

Rentak itu diteruskan dalam babak kedua selepas Ridle Baku dan Assan Ouedraogo melengkapkan malam gemilang Jerman yang mengumpul 15 mata secara keseluruhan daripada enam perlawanan.

Dalam pada itu, skuad Oranje menewaskan Lithuania 4-0 sekali gus melengkapkan rekod tanpa tewas dengan 20 mata untuk menempah slot ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

 



 

 

Tijjani Reijnders, Cody Gakpo, Xavi Simons dan Donyell Malen membalas kepercayaan yang diberikan Ronald Koeman dengan masing-masing menjaringkan satu gol.

Football

Sepak Padu Dengan Adidas

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Adidas untuk semua.


Grab Sekarang

Must Watch Video