Skuad Samurai Biru itu antara yang mencuri tumpuan dalam kejohanan berkenaan, di mana mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol untuk menjuarai Kumpulan E sebelum tewas kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti pusingan 16.
Selepas aksi memberangsangkan di Qatar, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun, Kozo Tajima, mengumumkan bahawa Moriyasu telah melanjutkan kontraknya sehingga Piala Dunia 2026, yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada.
Dengan Jepun berada di ranking ke-50 sewaktu dia mula mengambil alih pasukan itu pada 2018, Moriyasu berhasil membawa pasukan kebangsaan itu meningkat untuk kini berada di ranking ke-20 dunia -- kedudukan terbaik mereka sejak 2005 (ke-15 dunia).
3 - Japan are only the third team in World Cup history to win two different games at a single edition in which they were losing at half-time, after Brazil in 1938 and Germany in 1970. Heroics. pic.twitter.com/PuAKio5wR7
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2022