Skip to main content

Bola Sepak

Jentera serangan Juve lebih efektif berbanding 'MSN' -- Cuadrado

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msn-cro.jpg
Juan Cuadrado berkata dia memilih jentera serangan Juventus lebih efektif berbanding Barcelona yang dibarisi oleh Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez (MSN).

Gandingan MSN dilihat sebagai ancaman yang berbahaya di dalam bola sepa, tetapi menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), Cuadrado menyifatkan jentera serangan Juve yang dibarisi oleh Paulo Dybala, Gonzalo Higuain dan Mario Mandzukic lebih berbisa.

"Saya memilih rakan sepasukan saya," kata Cuadrado.

"Jentera serangan kami sangat seimbang, Dybala, Mandzukic dan Higuain memiliki kualiti yang tersendiri.

"Setiap pemain di dalam pasukan memiliki peranan masing-masing. Kami beraksi sebagai satu unit dan berjuang sehingga penghujung perlawanan.

Juventus membuat persiapan awal dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Chievo dalam saingan Serie A, kelmarin.

"Ini merupakan persiapan untuk menguji kebolehan kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk perlawanan ini.

"Kami perlu mengambil perlawanan ini seperti aksi final. Mereka adalah skuad yang bertaraf dunia."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video