Skip to main content

Bola Sepak

Jelmaan 'Ian Rush' bakal sertai PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rowley25118.jpg
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyambar pemain kacukan England-Malaysia, David Rowley, untuk didaftarkan selaku pemain tempatan jika proses permohonan kerakyatan Malaysia diluluskan sebelum pintu perpindahan ditutup 11 Februari ini.

Satu kelebihan yang ada pada Rowley ialah kemampuannya bermain di pelbagai posisi, termasuk penyerang, pertahanan tengah dan pemain tengah.

Ia mampu menjadi aset kepada pasukan, tambahan pemain berusia 28 tahun itu mempunyai ketinggian 1.85 meter.

"Saya boleh bermain banyak kawasan dan kini bermain sebagai pertahanan. Saya lebih suka menyusun pasukan. 

"Aspek teknik sangat bagus di Malaysia tetapi masih kurang daripada segi kecergasan fizikal," katanya.

Rowley mempunyai imej yang unik, iaitu gemar menyimpan misai seiras legenda Liverpool, Ian Rush.

Ditanya mengapa dia memilih imej sedemikian, ini jawapan Rowley: "Ayah saya mempunyai misai, ayah kepada isteri saya turut menyimpan misai. Begitu juga dengan datuk saya."

Dilahirkan di Brisbane, Australia, bapa Rowley berasal dari Manchester manakala ibunya dari Melaka.

Kelab Terdahulu:

2016/17 - Tennia Borussia (Divisyen 5 Jerman)
2015/16 - Inter Leipzig (Divisyen 5 Jerman)
2014/15 - Grevenmacher (Divisyen 1 Luxembourg)
2013 - Nara United (Divisyen 2 Thailand)
2013 - Chumphon FC (Divisyen 2 Thailand)
 

Advertisement

Must Watch Video