Skip to main content

Bola Sepak

Jelajah Persahabatan Antarabangsa: Uruguay ukir dua kemenangan dalam dua perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uru.jpg
Uruguay merekodkan dua kemenangan dalam dua aksi persahabatan usai melakar kemenangan ke atas Uzbekistan 2-0 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.

Uruguay memilih negara Malaysia selaku destinasi bagi menghadapi rehat antarabangsa dengan mengatur dua pertemuan -- bertemu Republik Dominika yang menyaksikan skuad kendalian Marcelo Bielsa memperoleh kemenangan 1-0.

Satu lagi aksi yang berlangsung sebentar tadi di Melaka, bertemu Uzbekistan, yang ketika ini turut sama dalam persiapan menghadapi Piala Dunia tahun hadapan. 

Uruguay yang hadir bagi jelajah aksi persahabatan tanpa beberapa bintang utama namun tetap memperoleh keputusan yang positif.

Selepas 45 minit pertama yang sarat dengan percubaan berbahaya, Uruguay akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila perlawanan bersambung bagi babak kedua -- Facundo Torres berjaya mencari ruang untuk mendapatkan gol pertama.

Ketika permainan semakin rancak serta momentum yang telah ditemui, Uruguay kemudian menambah lagi bilangan jaringan menerusi Juan Manuel Sanabria ketika perlawanan memasuki 60 waktu permainan.

Ruslanbek Jiyanov mengurangkan defisit jaringan namun ia sudah terlambat apabila terpaksa akur dengan kekalahan di bawah bimbingan Fabio Cannavaro buat kali pertama dalam aksi ini.
FIFA

Untuk Peminat FIFA

Rasai sendiri kehangatan FIFA di rumah dengan FIFA PlayStation game.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video