Skip to main content

Bola Sepak

Jelajah Persahabatan Antarabangsa: Terima kasih Marcelo Bielsa -- Marcelo Saracchi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarrachi.jpg
Jelajah Persahabatan Antarabangsa Uruguay menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Kapten Uruguay, Marcelo Saracchi 'terhutang budi' kepada ketua jurulatih, Marcelo Bielsa selepas diberi penghormatan sebagai kapten ketika menewaskan Republik Dominika 1-0 tempoh hari.

Saracchi menjadi pemain ketujuh diberi penghormatan selaku kapten dibawah kepimpinan Marcelo Bielsa --sebaris dengan pemain bintang seperti Luis Suarez, Federico Valverde dan Jose Maria Gimenez.

Saracchi yang beraksi di posisi pertahanan kiri bersama kelab Scotland, Celtic mengakui, tuntutan tinggi Bielsa mengikut percaturan taktikal permainan menjadikannya pemain yang lebih versatil.

Bielsa cukup terkenal dengan corak permainan yang menuntut setiap pemain mengekalkan penguasaan bola selain menitikberatkan mentaliti menyerang.

Sekembalinya Saracchi bersama skuad senior memberi impak besar kepada struktur permainan Uruguay memandangkan pertahanan berusia 27 tahun itu diberi kebebasan beraksi selaku sayap kiri ketika menyerang.

Senario itu dijangka berkekalan pada malam ini bagi pertemuan menentang Uzbekistan yang dibimbing Fabio Cannavaro.

Saracchi diberi tanggungjawab spesifik untuk mencari kelompongan pertahanan Uzbekistan yang dijangka lebih cenderung dengan corak permainan bertahan.

"Bielsa menuntut kami perlu memperhalusi sentuhan di atas padang. 

"Ia satu cabaran besar kerana kami perlu berada di posisi tertentu ketika ada dan tanpa bola. 

"Perlawanan bagus sebagai untuk persediaan menuju ke Piala Dunia," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video