Skip to main content

Bola Sepak

Jeffrey tidak tolak cadangan ambil Nidzam Adzha sebagai pengendali tetap Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

020517jeffreylow.jpg
Kedah berteka-teki siapa bakal pengganti Tan Cheng Hoe tetapi tidak menolak kemungkinan pemangku jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff, boleh diberikan jawatan itu secara tetap jika berjaya memastikan pasukan kembali berada di prestasi terbaik.

Perkara itu didedahkan pengurus Kedah, Datuk Jeffrey Low, sambil memperjelaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) belum ada kata putus berhubung siapa ketua jurulatih Kedah yang baru.

Tidak menafikan Ramon Marcote turut berada dalam radar KFA selain beberapa jurulatih tempatan, Jeffrey dalam masa sama mengakui peluang tetap terbuka buat Nidzam bergelar ketua jurulatih.

Namun, segalanya bergantung kepada prestasi pasukan dalam beberapa perlawanan terdekat, termasuk di pentas Piala FA.

"Kami memiliki beberapa pilihan dan buat masa ini, kami sedang memantau kebolehan Nidzam mengendalikan pasukan ini," kata Jeffrey.

Mengenai perletakan jawatan Cheng Hoe, Jeffrey tidak menafikan urusan KFA dengan bakal penolong ketua jurulatih kebangsaan itu masih belum selesai.

Ini kerana Cheng Hoe perlu memperjelaskan satu jumlah pampasan memandangkan beliau masih terikat kontrak bersama Kedah sehingga penghujung tahun.

"Kontrak Cheng Hoe masih berbaki lapan bulan bersama kami, kami dalam usaha untuk mendapatkan pampasan tersebut."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video