JDT terus lebur rekod, catat 1000 jaringan dalam tempoh 11 tahun


Jun 30, 2024 09:57 MYT
Juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus meleburkan rekod bahawa untuk menjadi pasukan terbaik dalam kancah liga tempatan.
Seiring dengan kemenangan bergaya JDT menewaskan pendatang daripada Liga A1 Semi Pro, Malaysian University Football Team (MUFT) dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA semalam, skuad kendalian Hector Bidoglio itu turut mencatatkan rekod terbaru dengan jumlah jaringan yang tinggi.

SHAHRUL SAAD SCORES JDT'S 1000TH GOAL SINCE 2013 Johor Darul Ta'zim FC (JDT) player Shahrul Saad's goal in the 5-0 win over Malaysian University in the first leg of the 2024-25 FA Cup quarter-finals at the Sultan Ibrahim Stadium was the Southern Tigers' 1000th goal since being… pic.twitter.com/MPyiXy5z8C

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertahanan kebangsaan, Shahrul Saad, melengkapkan hari gemilang buat JDT apabila jaringannya menjadikan pasukan itu sudah mengumpul sebanyak 1000 gol sejak tahun 2013.
#JDT #Liga Super Malaysia #DemiLigaKita