JDT terus kekal bisa tersendiri
Hasnizam Uzir
Disember 9, 2023 12:47 MYT
Disember 9, 2023 12:47 MYT
Satu lagi sejarah dicipta Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menggekalkan kejuaran Piala Malaysia musim ini apabila menewaskan Terengganu selain memggekalkan tiga lagi piala yang dipertandingan dalam Liga Malaysia.
Ini merupakan perlawanan akhir yang baik daripada mata kasar penulis, di mana pemain-pemain menggunakan kreativiti mereka walaupun keadaan padang yang amat mendukacitakan dan walaupun kedua-pasukan tidak dapat bermain mengikut falsafah bola sepak yang diamalkan, terutama hantaran leret dan ‘build up attack’.
Tetapi itu bukan alasan untuk kedua-dua pasukan kerana mereka berjaya mengubah corak permainan dengan transisi pantas melalui hantaran lambung mencari pemain sayap. Ini berjaya dilakukan oleh Sang Penyu melalui jaringan penyamaan melalui sepakan penalti apabila Ivan Mamut mendapat hantaran lambung yang berjaya melepasi Shane Lowry dan Jordi Amat terpaksa mengasari Ivan Mamut di dalam kawasan penalti.
Sebelum itu Harimau Selatan terlebih dahulu mendapat sepakan penalti juga melalui hantaran lambung mencari Forestieri yang berjaya mengawal situasi dengan baik sebelum Safwan Mazlan menjatuhkannya di dalam kawasan penalti.
Apa yang membuatkan pemain-pemain Sang Penyu tertekan sehingga melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti sebenarnya apabila pertahanan Terengganu terlalu ke bawah dan tidak mengarahkan pemain midfield dan penyerang melakukan ‘hight pressing’ walapun strategi Sang Penyu untuk bertahan di bahagian tengah.
Ini telah memberi ruang kepada pemain-pemain Harimau Selatan untuk bermain secara hantaran lolos dan menggunakan skil individu untuk mengatasi lawan itu yang terjadi melalui Forestieri dan Arif Aiman.
Sementara bagi Harimau Selatan, dengan pengalaman yang ada diperingkat Asia dan kerap kali bermain dalam tekanan tidak mencacatkan perancangan mereka, sebaliknya pemain-pemain sayap dan midfield seperti Forestieri dan Arif Aiman serta Afiq Fazail dapat menggunakan ruang yang ada, terutama di lorongan kiri kanan sebelum mereka kembali berkombinasi di lorongan tengah untuk melakukan hantaran-hantaran pendek.
Gerakkan ini yang membuatkan Sang Penyu terperangkap dan akhirnya memberi ruang kepada Bergson, Feroz Baharudin dan Arif Aiman menjaringkan gol dan memberi kemenangan untuk Johor Darul Ta’zim.