Skip to main content

Bola Sepak

JDT tenggelam tanpa Diaz, Morais

28337411_996060953890537_7321344113142086363_o.jpg
SONG LAM NGE 2 JDT 0

Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal meneruskan aksi meyakinkan selepas tewas 2-0 kepada Song Lam Nge dalam saingan Piala AFC, sebentar tadi.


Selepas melakar kemenangan dalam aksi pertama bertemu Persija Jakarta, momentum itu gagal diteruskan dalam aksi kedua peringkat kumpulan apabila tunduk kepada wakil Vietnam itu.

Dikejutkan apabila pengendali pasukan, Ulisses Morais, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan penyerang, Jorge Pereyra Diaz, yang lari meninggalkan pasukan, JDT gagal mempamerkan persembahan cemerlang.

Permulaan babak pertama menyaksikan tuan rumah lebih dominan dengan hantaran-hantaran pendek yang bermula daripada  pemain tengah, Phan Van Duc, menyaksikan barisan pertahanan JDT berhempas-pulas untuk mengekang asakan mereka.

JDT, bagaimanapun, hampir menghasilkan jaringan menerusi Safawi Rasid, namun gagal menemui sasaran.

Kelekaan barisan pertahanan pelawat itu dihukum tuan rumah untuk memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-22 menerusi Van Duc.

Pengendali sementara JDT, Raul Longhi, melakukan perubahan dengan memasukkan Shafiq Ahmad pada minit ke-58 bagi mempertingkatkan mutu jentera serangan tetapi gagal menembusi kubu pasukan tuan rumah.

Di kala kerap melakukan serangan, JDT dihukum dengan satu serangan balas di penghujung babak kedua, kali ini giliran pemain pertahanan, Pham Xuan Manh, meledak gol kemenangan bagi memastikan JDT pulang tanpa sebarang mata.

Advertisement

Must Watch Video