LIGA SUPER MSIA
JDT tandatangani remaja tular di media sosial
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini menandatangani seorang pemain bola sepak remaja lelaki, Muhammad Aqil Shamsul Aswadi, yang tular di laman-laman sosial baru-baru ini
Remaja berusia 13 tahun itu akan menyertai akademi JDT secara sepenuh masa, yang akan menawarkannya latihan bola sepak, pembelajaran dan penginapan.
Muhammad Aqil menjadi bualan di media sosial sepanjang minggu ini selepas tular potongan video yang memaparkan kemahirannya menggelecek bola dan memperdayakan lawan yang jauh lebih berusia.
Selain itu, remaja kelahiran Kuala Terengganu itu dilihat turut memiliki kebijaksaan dalam mendapatkan sepakan penalti menerusi satu potongan video berbeza.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.