Skip to main content

Bola Sepak

JDT semakin utuh di puncak liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-230717.jpg
Jika dilihat pada kedudukan terkini, tidak dinafikan bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin menghampiri takdir untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super selepas meraih kemenangan 6-1 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Kehadiran pengendali, Ulisses Morais, menggantikan Benjamin Mora dilihat memberi kesan besar kepada kem Harimau Selatan dan hasilnya, kemenangan semalam merupakan mata ke-15 JDT dalam lima perlawanan. 

Sentuhan jurulatih itu memperincikan rangkaian serangan tiga pemain import, Mohamad Ghaddar, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera, menyumbangkan empat gol menjadi bukti pengendali berusia 57 tahun itu memiliki ramuan istimewa buat pasukannya..

Dalam masa sama, Morais turut menganggap kemenangan di Kuala Terengganu bakal menjadi pencetus semangat buat anak buahnya untuk mempamerkan persembahan mantap dalam saingan Piala Malaysia pula.

"Kami tahu dan sedar kejuaraan kini cerah buat kami dan setiap pemain tahu apa yang perlu dilakukan serta fokus untuk perlawanan seterusnya.

"Dalam saingan Liga Super, kami adalah yang terbaik manakala untuk Piala Malaysia, masih ada tiga perlawanan peringkat kumpulan dan kami akan cuba untuk layak ke suku akhir," tambahnya.

Buat T-Team, bolos 11 gol dalam dua perlawanan nyata bukan sesuatu yang harus dipandang ringan dan kekalahan semalam dianggap mimpi ngeri oleh jurulatihnya, Rahmad Darmawan.

"Maaf kepada penyokong-penyokong T-Team.

"Kesilapan hantaran menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan tiga gol awal," kata Rahmad.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video