Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), menyuarakan hasrat ingin mendapatkan khidmat bek kiri kebangsaan, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak.
Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, berkata mereka sedia berunding dengan pemain kelahiran Johor itu yang mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan Kuala Lumpur berikutan gajinya selama dua bulan masih tertunggak.
“Kami akan berbincang dengan Syazwan sama ada beliau ingin kembali kepada Harimau Selatan. Kelab ini berharap akan dapat mencapai satu persetujuan dengan Syazwan secepat mungkin,” kata Prest dalam laman Facebook rasmi JDT, semalam.
Syazwan dalam catatan di laman Instagramnya Jumaat lalu mendedahkan keputusannya meninggalkan Kuala Lumpur selepas pasukan itu dilaporkan gagal membayar gajinya untuk bulan November dan Disember lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini beraksi untuk JDT II dari 2016 hingga 2017 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, musim lalu.
Kehebatan aksinya dengan skuad kebangsaan dalam kempen Piala Suzuki AFF 2018 menarik perhatian beberapa pasukan tempatan yang berminat mendapatkan khidmatnya.
-- BERNAMA