Skip to main content

Bola Sepak

JDT sasar bukti dominasi, bukan sekadar tambah trofi -- Mahali Jasuli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Menjelang pertembungan sengit menentang Sri Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi tampil sebagai pasukan pilihan, sejajar dengan reputasi mereka sebagai ‘kelas berbeza’ dalam kancah bola sepak tempatan.

Berbekalkan deretan pemain bertaraf bintang, fasiliti moden bertaraf dunia serta pengalaman luas di pentas domestik dan Asia, skuad Harimau Selatan terus mengekalkan aura penguasaan mereka.

“JDT mempunyai pemain yang hampir sempurna, boleh dikatakan sempurna dari semua aspek.

“Dan juga untuk Pahang, kita lihat mereka ada pemain yang berkualiti tapi jikalau pemain itu cedera mahupun ada  pergantungan mungkin mereka akan sedikit goyah untuk final nanti, katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin pada Rabu.

Namun, menurut Mahali Jasuli, bekas pemain kebangsaan dengan 51 kaps antarabangsa, dalam suasana bola sepak yang semakin kompetitif, tekanan untuk mengekalkan prestasi tinggi mampu menjadi cabaran besar.

Lawan seperti Sri Pahang pasti hadir dengan strategi untuk menghidu dan mengambil kesempatan atas sebarang kelemahan.

“Cuma, kita tidak tahu kejutan apa yang Pahang akan lakukan waktu di final nanti dengan taktikal jurulatih  mungkin mereka ada senjata yang mereka simpan untuk final nanti yang pastinya kita tunggu dan lihat apa yang berlaku di final nanti.

Final kali ini bukan hanya soal menambah satu lagi trofi ke dalam koleksi JDT yang sedia gah, tetapi lebih kepada membuktikan mereka masih gergasi sebenar Liga Malaysia. Kejayaan dalam perlawanan ini akan memperkukuh lagi status dominasi mereka dan menutup mulut pengkritik yang menanti kejatuhan.

Dengan reputasi dan persediaan rapi yang dimiliki, JDT pastinya tidak mahu mensia-siakan peluang untuk terus mengukir nama sebagai pasukan terbaik negara, sekaligus mencipta sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video