JDT punyai potensi sangkal kenyataan Pep Guardiola?
Saufi Tahir
Disember 1, 2024 09:52 MYT
Disember 1, 2024 09:52 MYT
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, sebelum ini menjelaskan bahawa mustahil buat sesebuah pasukan dalam semua jenis sukan untuk mempertahankan kecemerlangan selama 10 tahun berturut-turut.
Ini susulan skuad kendaliannya itu kemarau kemenangan dengan dia berkongsikan: "Pasukan mana di seluruh dunia yang mampu konsisten selama 10 tahun? Mereka tidak wujud; bukan dalam NBA, tenis, golf dan mana-mana sukan.
? Pep Guardiola: “Which team around the world is consistent during 10 years?! They don't exist; not in NBA, tennis, golf, any sport”. “In a decade of time, like we have been, being consistent like we have been, you don't find it… I'm sorry”. pic.twitter.com/xhxTJOsEcS
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam tempoh sedekad, seperti yang kami lakukan, konsisten seperti yang kami lakukan, anda tidak akan menemuinya. Saya minta maaf."
Begitupun, kecemerlangan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpotensi menyangkal dakwaan itu selepas muncul juara Liga Super 10 kali berturut-turut sejak 2014.
?? Arif Aiman starts the season in style with 2 crucial goals! ⚽⚽#ACLElite | #NEOMFutureStars | @NEOM pic.twitter.com/zH05Icyvx9
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, kejayaan pasukan Harimau Selatan itu sukar dinafikan selepas berkembang pesat dari masa ke semasa hingga kini menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan analisis daripada Opta Power Rankings.