JDT potong bajet hingga 40% musim depan
Disember 27, 2023 14:09 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang.
Susulan kejayaan JDT menjulang Piala Malaysia awal bulan ini, sekaligus melengkapkan 'quadruple' berganda -- mempertahankan empat gelaran yang yang dimenangi pada musim 2022.
Dalam usaha itu, kelab telah melewati satu fasa meningkatkan lagi mutu pasukan daripada segi fasiliti latihan, menubuhkan stadium yang bertaraf antarabangsa sementara mendapatkan khidmat pemain yang berkualiti bagi memastikan mereka berada di kelas tersendiri pada hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards, berkata, "Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.
"Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40% untuk membolehkan proses tersebut. Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami.
"Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025. Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab."
Persoalan ketika ini adakah JDT akan melepaskan beberapa pemain untuk mengimbangi pemotongan kos ini? Terus ikuti Stadium Astro.