Reaksi TMJ selepas MFL ringankan hukuman Selangor
Jun 27, 2024 22:53 MYT
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meluahkan keluhan selepas pengelola Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melakukan 'U-Turn' terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Selangor.
Sebentar tadi, Skuad kendalian Nidzam Jamil itu mendapat pengurangan denda sebanyak RM60,000.00 berbanding jumlah sebenar sebelum ini dan tetap perlu membayar pampasan kerugian oleh pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pemotongan tiga mata dan hukuman larangan kehadiran penonton pada perlawanan Liga Super ke-14 ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga turut dibatalkan secara serta merta.
"Lepas ini yang mana club tak bayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka aja senang.
"Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.
After today, any club that does not pay salaries on time, or pulls out at their whims and fancy, or breaks any regulation, just need to ask their state's Sultan to write a letter expressing anger. Teams from every state that have done something wrong can all now ask MFL to… pic.twitter.com/Y8zKGi98d7
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini akan start satu precedent dimana selepas in Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tak boleh (JDT dari 2013 kena denda beratus ribu, saya kena banned 6 bulan, tak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau but kenyataan).
"Ini siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat U-Turn tapa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.
"Ladies and gentlemen, I present to you The real Tokong of Malaysian football." katanya melalui laman Instagram.