Skip to main content

Bola Sepak

JDT jadi destinasi bakal warisan baru Harimau Malaya untuk 3 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nacho.jpg
Menurut media tempatan Sepanyol, bekas pemain Sporting Gijon, Nacho Mendez, difahamkan sudah mengikat perjanjian bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kontrak selama tiga tahun. 

Namun, sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi daripada juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu. 

Sekiranya perpindahan itu benar, maka bintang berusia 27 tahun itu bakal bergandingan bersama Hector Hevel selaku pemain tengah yang memperkuat pasukan menghadapi kancah domestik Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim depan. 

Sebelum ini, tular dilaporkan bahawa Mendez bakal menjadi rekrut terbaharu Harimau Malaya sebagai calon pemain warisan terkini menerusi susur galur datuknya yang dilahirkan di Pulau Pinang.

Menurut pendedahan eksklusif wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, proses pendokumentasiannya sedang melewati fasa akhir untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia, sekali gus bersedia mewakili skuad kebangsaan. 

 

Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) berkemungkinan menjadi debutnya bersama skuad kendalian Peter Cklamovski, bulan depan. 

Pemain kelahiran Sepanyol itu beraksi buat kelab divisyen kedua LaLiga dengan dia merupakan watak penting pasukan selepas membuat 218 penampilan dan sudah mencetak 17 gol sejak 2017. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video