TFC II 0 JDT II 0
Pendahulu Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) II di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Ia menamatkan rekod 100 peratus pasukan pelawat itu selepas empat perlawanan.
Skuad bimbingan Ervin Boban itu dipaksa bekerja keras pada awal permainan dengan percubaan Akanni Sunday Wasiu mula mencemaskan keadaan pada minit ke-13.
Bekas penyerang negara, Rozaimi Abdul Rahman, kemudian hampir menceriakan JDT II, namun usahanya dari kawasan berbahaya pada minit ke-27 tidak menepati sasaran.
Hasrat JDT II untuk memecahkan kebuntuan terus gagal apabila hantaran lintang Nicolas Fernandez (m-40) dipatahkan ketika Darren Lok sedang menanti di depan pintu gol.
TFC II memperkemaskan rentak pada babak kedua, malangnya percubaan Akanni pada minit ke-54 mudah dibaca penjaga gol pelawat, Haziq Nadzli.
Peluang terbaik JDT II menjelma pada minit ke-78, mujur Mohd Sharmiza Yusoff menafikan sepakan berbahaya Darren untuk kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat.
Keputusan itu tetap memadai buat JDT II mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan manakala TFC II di kedudukan kelima dengan lapan mata.
Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)