Skip to main content

Bola Sepak

JDT bina hubungan erat bersama Paris Saint-Germain, jalin kerjasama skala besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj1.jpeg

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengatur pertemuan bersama delegasi gergasi kelab bola sepak dunia, Paris Saint-Germain (PSG), bagi tujuan menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), satu persetujuan telah dimeterai menyelusuri beberapa aspek penting bagi meningkatkan mutu pasukan ke arah lebih baik.

 

Advertisement



Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi menjadi strategi utama perbincangan tersebut untuk mencapai misi menjadi pasukan terkemuka dunia.

Must Watch Video