Skip to main content

Bola Sepak

JDT belum boleh dabik dada

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

s-kunanlan-220717.jpg
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), masih belum boleh mendabik dada dalam mengejar sasaran mereka untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila berdepan T-Team, malam ini.

JDT kini memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super bagi menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Kedah dan Pahang.

Skuad kendalian Ulisses Morais itu sedar mahkota liga telah menjadi satu keperluan selepas kekecewaan dalam perebutan trofi lain seperti Piala FA dan perkara itu diakui oleh pemain JDT, S. Kunanlan.

"Kami dah terlepas Piala Sumbangsih dan Piala FA, jadi ini adalah harapan kami dan malam ini kami akan cuba untuk meneruskan rentak kemenangan," kata Kunanlan.

Kunanlan juga menyeru kepada rakan sepasukan agar menjadikan kekalahan di tangan Selangor dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini sebagai peringatan untuk tidak mudah leka.

"Kami boleh menang jika semua pemain fokus dan yakin.

"Dalam masa sama, kami tidak boleh terlalu yakin, sebaliknya perlu menghormati lawan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video