Skip to main content

Bola Sepak

Jay Idzes tidak akan sertai ASEAN All-Stars menentang Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

idzes.jpg
Pemain sensasi Indonesia, Jay Idzes, dilaporkan tidak akan menjadi sebagai salah seorang pemain yang akan membarisi kesebelasan skuad ASEAN All-Stars yang bakal beraksi menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, yang akan mengadakan siri jelajah ke Kuala Lumpur Mei ini.

Media Indonesia menyatakan bahawa perkara itu telah disahkan oleh badan induk bola sepak Malaysia iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia  (FAM) tentang status pemain itu pada perlawanan tersebut.

Manchester United dijadualkan akan mengadakan siri jelajah ke Asia dan akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di beberapa buah negara yang dilawati termasuk Malaysia dan Hong Kong sebagai salah satu persiapan mereka bagi menghadapi musim baru EPL nanti.




Perlawanan membabitkan The Red Devils dan ASEAN All-Stars dijadualkan akan berlangsung pada 28 mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Advertisement

Must Watch Video