Jay Idzes muncul sebagai pemain Indonesia pertama beraksi di Serie A
Ammar Hakim
Ogos 26, 2024 10:06 MYT
Ogos 26, 2024 10:06 MYT
Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Jay Idzes, mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Indonesia yang bermain di Serie A.
Dalam debutnya bersama Venezia, Jay membantu timnya meraih satu mata selepas mengikat Fiorentina seri tanpa jaringan di Stadion Artemio Franchi.
Dia diturunkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Marin Sverko dan Giorgio Altare di bahagian pertahanan.
Idzes juga hampir mencetak gol pada minit ke-18 ketika menerima umpanan Alfred Duncan menerusi sepakan sudut.
✨HISTORY✨ ???? Indonesian national team player Jay Idzes has just made his debut as the first Indonesian player to play in the Italian Serie A in the match between Venezia and Fiorentina in the second round of Seria A 2024/25.#PSSI #Venezia #JayIdzes pic.twitter.com/jr261hxfcB
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.