BOLA SEPAK
Jasa terakhir sebelum roboh, Stadium Shah Alam derma kerusi penonton kepada kelab amatur
Tanggal 27 Januari 2025 menjadi detik sejarah apabila Stadium Shah Alam telah runtuh sepenuhnya selepas 30 tahun mencipta kemegahan buat bumi Selangor Darul Ehsan.
Kerja-kerja perobohan berjalan lancar dan semuanya sudah diratakan untuk memberi ruang kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang akan menjadi kebanggaan terbaru negeri Selangor.
Kelab liga amatur yang berpangkalan di Terengganu, Kerteh, mendapat penambah baikan bagi meningkatkan kemudahan dan infrastuktur sukan yang memberi keselesaan buat semua.
Iklan
Pemasangan kerusi penonton di Kerteh Sports City, menandakan usaha kami dalam meningkatkan kemudahan sukan di Kerteh.Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan @FASelangorMY (FAS) atas sumbangan 2,000… https://t.co/iqMaAk0NWT— Kerteh FC (@KertehFC) February 12, 2025
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI serta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyumbang sebanyak 2,000 kerusi terpakai dari Stadium Shah Alam kepada Kerteh bagi membantu membangunkan pengalaman lebih selesa kepada penyokong.
Amalan tersebut mendapat perhatian warga media kerana tidak membazir dan membantu merealisasikan asas pembangunan kelab amatur.
Must-Watch Video