Skip to main content

Bola Sepak

Jasa Alexander-Arnold akan kekal dikenang Liverpool -- Van Dijk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vvd-taa.jpg
Kapten Virgil van Dijk berkata Trent Alexander-Arnold akan 'sentiasa diingati atas jasanya' di Liverpool walaupun dia memutuskan untuk meninggalkan secara percuma musim panas ini.

Pemain pertahanan kanan itu tamat kontrak pada penghujung musim dan telah mengadakan perbincangan dengan Real Madrid.

Van Dijk dan penyerang, Mohamed Salah, menamatkan spekulasi mengenai masa depan mereka dengan menandatangani perjanjian baru dua tahun selama dua minggu lalu.

Tetapi dengan baki lima perlawanan musim Liverpool, masa depan Alexander-Arnold masih belum dapat diselesaikan.

“Sejak saya menyertai kelab, dia adalah pemain yang hebat dan terdapat banyak perkara baik yang akan sentiasa diingati jika dia memutuskan untuk pergi,” kata Van Dijk.

“Apa sahaja yang mungkin berlaku pada masa depan untuknya, itu perkara yang perlu dia selesaikan bersama dirinya dan keluarga.

"Tetapi dia adalah pemain Liverpool pada ketika ini dan dia penting untuk pasukan kami."

Pemain gantian separuh masa kedua, Alexander-Arnold, menjaringkan gol tunggal ketika Liverpool menghampiri kejuaraan liga ke-20 dengan kemenangan 1-0 menentang Leicester City Ahad lalu.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video