Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan Olise rentap kemenangan The Red Devils

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olise-vs-man-united.jpg
Sepakan percuma lencong yang diambil Michael Olise dalam waktu kecederaan sebelum tiupan wisel penamat dibunyikan telah merentap kemenangan yang dicari-cari Manchester United bagi merapatkan jurang perbezaan mata dengan Arsenal sebagai pendahulu liga ketika ini. 

Walaupun The Red Devils mendominasi perlawanan sebanyak 61 peratus serta mendahului melalui jaringan Bruno Fernandes, anak didik Erik ten Hag itu masih tidak mampu membawa mata penuh ke Old Trafford setelah seri 1-1 dengan Crystal Palace di Stadium Selhurst Park. 

Ini sudah pasti merugikan The Red Devils kerana momentum kemenangan yang ingin dikekalkan tidak menjadi kenyataan apabila anak didik Patrick Vieira itu berjaya menangkis setiap serangan yang dilakukan pemain-pemain Man United, di mana pemain-pemain The Eagles telah berjaya menggekalkan disiplin mereka ketika bertahan dan telah berjaya menggunakan kepantasan pemain sayap kanan mereka, iaitu Olise, untuk melakukan serangan balas bagi memberikan tekanan kepada pertahanan The Red Devils.

Walaupun anak didik Vieira itu berjaya menambat Man United di laman mereka sendiri, namun pengendali The Eagles daripada Perancis itu mengakui bahawa anak didik Ten Hag kali ini bermain sungguh berbeza di bawah kendalian pengendali daripada Belanda itu kerana mereka bermain secara intensiti tinggi serta hantaran-hataran tepat yang baik berdasarkan statistik perlawanan itu (pass accuracy 81 peratus).  

Ten Hag juga bijak memgguna kelebihan yang ada pada pemain-pemain sayap mereka seperti Marcus Rashford dan Antony.

Jika prestasi ini berjaya dikekalkan dengan konsisten oleh anak didik Ten Hag, ia tidak mustahil The Red Devils mampu memberikan saingan kepada The Gunners untuk merebut tempat selaku juara liga musim ini, di mana ia diakui sendiri oleh Vieira. 

Namun, Ten Hag perlu memperbaiki sedikit kelemahan yang ada pada skuadnya, terutama daripada aspek konsentrasi pemain di saat akhir sebagaimana yang terjadi ketika menentang The Eagles.

Selain itu, ketiadaan pemain tengah daripada Brazil, Casemiro, yang di gantung satu perlawanan akibat mengumpul lima kad kuning ketika menjelang pertemuan dengan Arsenal hujung minggu ini pasti akan menggangu sedikit perancangan Ten Hag.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video