Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) gegak gempita selepas ASEAN All-Stars membuka tirai jaringan pada minit ke-71, sekali gus menjadi gol kemenangan menewaskan Manchester United dalam Maybank Challenge Cup, semalam.
Dan satu-satunya gol itu hadir menerusi tampanan penyerang kebangsaan Myanmar, Maung Maung Lwin, yang diangkat menjadi wira perlawanan mengecewakan The Red Devils.
Siapakah dia sebenarnya?
Tahukah anda bahawa nilai pasaran pemain tersebut hanya sekitar €150,000 (RM770,000) tetapi sudah menjadi tonggak penting pasukan dan negara serta memiliki kebolehan sepakan jarak jauh yang baik.
Menariknya, Lwin juga pernah menghadapi pasukan kebangsaan India sebanyak dua kali dalam kerjaya antarabangsanya, sejak penampilan sulungn pada 2015.
Perlawanan pertama berlaku pada 2017 semasa Kelayakan Piala Asia dan yang kedua pada 2023 iaitu semasa Piala Antara Benua di India.
Pemain berusia 29 tahun itu adalah kapten pasukan bola sepak kebangsaan Myanmar dan dia memulakan kerjaya profesionalnya bersama Hantharwady United pada 2014.
Lwin memenangi Liga Kebangsaan Myanmar pada 2018 bersama Yangon United.
Pada 2021, dia berpindah ke Lamphun Warrior di mana pasukan itu beraksi dalam liga utama Thailand.
Dalam 65 penampilan, Lwin telah menjaringkan 12 gol untuk pasukan kebangsaan Myanmar.
Dan dia sudah mencatatkan 41 jaringan sepanjang kariernya setakat ini.

Threaded by Segecic and buried by Maung Maung Lwin! ?
— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) May 28, 2025
United are behind. #MUTOUR25 #AASMUN pic.twitter.com/C04lT4ScID