Bintang Universiti Malaya (UM)-Damansara United, Anuar Ceesay, jadi buruan kelab Liga Super?
Pemain tengan pasukan Liga A1 Semi-Pro itu mengakui ada beberapa kelab liga domestik menghubunginya, baru-baru ini.
Pemain yang memiliki darah campuran Malaysia-Inggeris itu bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang perbincangan lanjut, namun tidak menolak kemungkinan untuk menyertai mana-mana kelab Liga Super pada musim akan datang.
Jelas bekas pemain Leatherhead itu, fokusnya kini adalah untuk memastikan UM-D berada pada kedudukan terbaik dalam saingan liga amatur, selain meningkatkan prestasinya daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.
Anuar sudah pun menjaringkan dua gol peribadi iaitu ketika aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA yang menyaksikan pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan keputusan agregat 10-3.
"Saya tiada apa untuk bercakap mengenainya.
"Ia bukanlah 100 peratus tetapi ada mengadakan perbincangan.
"Saya masih memiliki kontrak bersama UM-D.
"Tiada kira tahun ini atau tahun depan, Liga Super sentiasa menjadi sasaran saya.
"Saya mahu kekal berada di prestasi terbaik. Segala perancangan berjalan lancar setakat ini, Alhamdulillah.
"Kita tengok apa akan terjadi, Insya-Allah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Dapatkan Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma FUTURE 8 ULTIMATE FG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Dapatkan Sekarang