Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Jangkaan terlampau tinggi, prestasi Ronnie kurang memuaskan, Selangor akan cari penyerang baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Penyerang berbisa Selangor, Ronnie Fernandez, mengucapkan selamat tinggal kepada kelab tersebut menerusi hantaran di Instagramnya, sekali gus tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan.

Keputusan itu menimbulkan persoalan daripada pelbagai pihak susulan pemain itu masih berbaki satu tahun dalam kontraknya.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, tampil menjelaskan kenyataan tersebut, sambil mengesahkan Gergasi Merah dan pemain kelahiran Chile itu telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak yang berbaki setahun lagi. 

"Selepas berbincang beberapa minggu bersama Ronnie, Selangor bersetuju untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama. 

"Dia boleh mencari pasukan lain dan Selangor juga akan mendapatkan penyerang baru.

"Saya boleh mengesahkan perkara tersebut," katanya di Nadi Weekend.

Tanpa berselindung, Shahril menyifatkan statistik dan prestasi Ronnie selaku pemain import kurang menyerlah dan menjadi faktor utama kepada keputusan tersebut dibuat.

 

"Bagi saya, persembahannya tidak menepati jangkaan ramai.

"Pada awal musim, profilnya menawarkan permainan memukau tapi jangkaan ramai terlampau tinggi," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video