Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa untuk tidak terus bertanyakan sebab mengapa beliau meninggalkan pasukan kebangsaan Malaysia.
Kim Pan-gon menegaskan bahawa telah memberitahu presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Dato' Hamidin mengenai sebab dan punca mengapa beliau mengambil keputusan ini.
"Saya telah beritahu Dato' presiden segalanya, di mana saya tidak boleh beritahu anda di sini. Beliau tahu segalanya. Kami juga telah berbicang mengenainya banyak kali, bukan hanya sekali" ujar Kim Pan-gon
Kim Pan-gon turut difahamkan telah menyuarakan hasrat beliau ini beberapa kali kepada presiden FAM, namun menemui kegagalan hinggalah buat kali terakhir beliau berjaya memujuk presiden untuk menerima keputusan ini dengan hati terbuka.
"Saya tidak akan ulas apa-apa berkenaan ini. Jadi, lebih baik kita tidak bercakap mengenainya lagi. Dan jangan pula tanya Dato' presiden" seloroh Kim Pan-gon.
Kim Pan-gon mula mengendalikan pasukan Harimau Malaya sejak Januari 2022 dan telah mempamerkan pencapaian yang dianggap memberangsangkan sepanjang kendalian beliau.