LIGA INGGERIS
Jangan rosakkan reputasi, Adams gesa Wenger berundur
Legenda Arsenal, Tony Adams, mempersoalkan sama ada Arsene Wenger mampu melepaskan tugas dan menggesa pengurus Perancis itu agar tidak mencalar reputasi sendiri dengan kekal di kelab itu.
Wenger membimbing Arsenal untuk meraih kemenangan Piala FA ketujuh dalam tempoh khidmatnya dengan menewaskan Juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea, 2-1 di Wembley, Sabtu lalu.
Dalam pada Adams gembira untuk bekas bosnya itu, dia percaya ini adalah masa untuk jurulatih berbangsa Perancis itu meninggalkan Stadium Emirates kerana mereka tidak mempunyai peluang realistik untuk memenangi kejuaraan.
"Saya gembira untuk dia pada pada Sabtu," katanya kepada Guardian. "Saya tidak pernah melihatnya sebegitu. Dia melambai tangan selepas perlawanan. Saya tidak tahu apakah maknanya.
"Dia pengurus Arsenal terhebat yang pernah disaksikan, jadi sedih jika ia dirosakkan. Arsenal tidak berada dalam Liga Juara-Juara musim depan. Saya tidak fikir mereka akan ke mana-mana untuk menghampiri gelaran.
"Mereka hanya mempunyai kemenangan hebat Piala FA selepas 20 tahun yang menakjubkan. Saya harap dia tahu sudah tiba masanya.
"Mungkin dia fikir mereka boleh menang liga tahun depan atau kembali ke Eropah. Saya tidak tahu jika dia boleh lepaskan."
Adams bersara pada 2002 selepas dia dan Wenger membawa Arsenal kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris kedua dan dua Piala FA dalam lima musim.