Selepas berkongsi mata dengan Kuala Lumpur, Sabtu lepas, Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak memandang rendah kemampuan UKM FC dalam aksi kedua saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang esok.
"Jangan lihat UKM FC sekadar sebuah universiti tetapi perlu melihat dari sudut prestasi pasukan ini yang menunjukkan peningkatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sejak tiga tahun kebelakangan ini.
"Mereka (UKM FC) juga memulakan liga dengan langkah kanan apabila mengalahkan Kuching FA 2-1 di gelanggang lawan dan kini berada dalam prestasi terbaik untuk terus mencipta kejutan.
"Kami tidak akan mengambil mudah dan sedar skuad The Varsity Boys kendalian Sulaiman Hussin sukar dijinakkan terutama apabila mereka bermain di gelanggang sendiri," katanya.
Yusri juga mahukan benteng pertahanan The Red Warriors (TRW) sentiasa fokus dan kurang melakukan kesilapan mudah yang boleh memberi tekanan kepada pasukan.
"Beraksi di sebelah petang (di bawah panas terik matahari) mungkin menggangu sedikit tumpuan pemain.
"Namun, saya tidak mahu menjadikan isu waktu permainan sebagai satu alasan sebaliknya mengharapkan pemain terus memberikan aksi terbaik (sama ada bermain sebelah petang atau malam).
"Tentulah, keputusan akhir amat bergantung kepada sikap pemain sendiri dan kami perlu merencanakan corak permainan yang bermutu untuk mendapatkan keputusan yang positif," ulasnya.
Dalam perkembangan yang sama, Yusri mengesahkan masih gagal menggunakan khidmat pertahanan kiri, Muhammad Azwan Arippin, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (pemain sayap) dan Kang Seung Jo akibat kecederaan.
"Harap mereka cepat sembuh dalam masa terdekat untuk bantu pasukan hadapi saingan liga yang cukup mencabar,"katanya.
Kredit Foto: Kelantan FA