PIALA FA
Jangan pandang rendah kemampuan Sabah -- Asri
Jurulatih Negeri Sembilan, Asri Ninggal, mengingatkan anak buahnya agar menghormati Sabah apabila kedua-dua pasukan berentap untuk aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, malam ini.
Negeri Sembilan hadir dengan reputasi hebat berdepan Sang Badak di tempat lawan.
Menerajui takhta Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah, skuad Jang juga cemerlang menumpaskan Sabah 3-0 ketika aksi pertama liga, Januari lalu.
Iklan
Begitupun, Asri enggan menjadikan pertemuan lalu sebagai ukuran, sebaliknya menganggap perlawanan malam ini sebagai aksi berbeza.
"Kami tidak boleh mengambil kira keputusan lalu kerana perlawanan malam ini adalah suku akhir pertama, tambahan pula kami akan beraksi di tempat lawan.
"Kami perlu menghormati Sabah kerana ini adalah pertandingan kalah mati, apa sahaja boleh berlaku," ujarnya.
Asri juga menjangkakan pasukan tuan rumah akan menampilkan corak permainan lebih mantap di bawah bimbingan Julius Ating yang mengambil alih tempat Steve Vilmiare selaku pengendali Sabah pertengahan bulan lalu.
"Saya rasa jurulatih baru sudah pasti mahu menunjukkan kebolehannya, tambahan pula Julius merupakan anak jati Sabah, jadi sudah tentu mereka akan beraksi penuh bersemangat," tambahnya.
Must-Watch Video