Kapten PKNS, Akram Mahinan, memberi amanat kepada The Red Ants agar tidak gerun dengan kemeriahan di Stadium Darul Aman jika tidak mahu aksi pusingan kedua suku akhir Piala FA berakhir hampa.
PKNS yang menuju aksi kedua Piala FA ketinggalan 3-1 kepada Kedah dan bakal berdepan tugas sukar beraksi di Stadium Darul Aman malam ini bagi mencipta kejutan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Akram, yang pernah beraksi bersama Kedah, berharap PKNS segera menyesuaikan diri serta tidak gerun dengan suasana di Alor Setar di sebalik mengakui Stadium Darul Aman memiliki aura tersendiri.
"Perkara paling penting, kami perlu menampilkan permainan terbaik. Saya berharap PKNS tidak gentar beraksi di Stadium Darul Aman dan berjuang hingga tamat perlawanan," katanya.
Di atas kertas, keadaan jelas tidak memihak PKNS, namun Akram yakin keajaiban mampu berlaku sekiranya pemain tidak berasa sukar dengan kedudukan semasa.
"Saya berharap PKNS dapat melakar kejutan dengan meledak jaringan awal. Jika setiap pemain yakin dengan kebolehan masing-masing , tidak mustahil PKNS ke separuh akhir."