Skip to main content

Bola Sepak

Jangan cepat hukum, beri dia masa! -- Dwight Yorke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg
Legenda Manchester United, Dwight Yorke, berkata bahawa ketua jurulatih, Erik ten Hag, perlu diberikan peluang susulan kejayaan menjuarai Piala FA Inggeris, baru-baru ini.

Meskipun menduduki tangga kelapan liga, The Red Devils mencatatkan pengakhiran yang bermakna buat seluruh peminatnya selepas berjaya merampas slot ke Liga Eropah (UEL), musim depan.

Kendatipun, pengurus kelahiran Belanda itu harus diberikan kredit atas corak permainan yang menakjubkan  dengan  mencatat lima peluang keemasan sambil beberapa asakan yang merbahaya kepada pasukan lawan.

"Saya perlu katakan bahawa Ten Hag berhak mendapat banyak pujian meskipun terdapat isu berkenaan masa depannya sama ada dia akan terus menjadi pengurus atau tak.

“Kita tidak menjangka apakah yang akan terjadi pada musim depan namun, secara peribadi, saya berpendapat jurulatih berusia 54 tahun itu layak untuk mengemudi United selama satu musim lagi,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video