Skip to main content

Bola Sepak

Jangan bazir masa main bola sepak, cari kerja lain -- Bekas penjaga gol Malaysia B19 diminta berhenti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khatul.jpg
Sesetengah kelab bola sepak di Malaysia mengharungi badai yang masih tiada penyelesaian. Tidak dilupakan, ada juga pemain yang terkena tempias.

Bekas penjaga gol Harimau Malaya bawah 19 tahun (B19), Khatul Anuar Jalil, menghadapi dilema apabila dinasihati mencari pekerjaan meninggalkan industri sukan itu. 

Khatul yang berkelana dari Penang ke Kelantan Darul Naim (KDN) difahamkan dihimpit isu kewangan berikutan tunggakan gaji sejak tahun lalu.

Hal ini mengakibatkan Khatul Anuar menerima pesanan daripada kenalan yang dianggap mengambil berat tentang dirinya untuk meneruskan kehidupan dengan penuh berjaya. 

 

Namun, semangat yang dikongsikan Khatul atas dasar minat kepada bola sepak tidak luntur, sebaliknya berharap agar ada keajaiban berlaku.

"Semoga tetap kuat," katanya. 

Masa depan Khatul belum diketahui jika terus bersama skuad Pantai Timur itu atau tidak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KA 22 (@khatulanuar)



Untuk rekod, pemain berusia 28 tahun itu juga pernah mewakili Kuala Lumpur City pada 2021.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video