BOLA SEPAK

Jamie Vardy mahu Leicester kejar mata ke-100

Stadium Astro
Ammar Hakim
01/05/2024
03:01 MYT
Sponsor Banner
Jamie Vardy mahu Leicester kejar mata ke-100
Jamie Vardy mencabar Leicester City dan rakan sepasukan meraih 100 mata selepas mengesahkan takhta Liga Kejuaraan dengan berbaki satu perlawanan.
The Foxes kembali ke Liga Perdana Inggeris sebelum turun beraksi selepas Leeds United menang 4-0 ke atas QPR.
Skuad kendalian Enzo Maresca itu menang 3-0 ke atas Preston menerusi dua jaringan Vardy dan tandukan Kasey McAteer, untuk mengumpul 97 mata.
Vardy menyeru rakan sepasukan mahu menamatkan musim dengan penuh bergaya.
Bercakap kepada Sky Sports, dia berkata, “Kami boleh meraikannya kejayaan ini, tetapi kini kami mempunyai sasaran lain iaitu 100 mata.
“Kami sangat gembira atas kejayaan ini namun enggan terbuai dengannya. Kami akan terus berlatih selepas ini."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video