EPL
Jamie Vardy - Leicester City umum berpisah
Jamie Vardy menegaskan bahawa belum tiba masa untuknya menggantungkan but biarpun mengumumkan akan meninggalkan Leicester City di penghujung musim ini.
Pemain berusia 38 tahun itu akan berkelana selepas 13 tahun bersama kelab itu dan menjadi nadi untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2016 serta Piala FA 2021, malah menandatangani pelanjutan 12 bulan musim panas lalu selepas mengungguli Liga Kejuaraan.
Minggu ini dia memohon maaf kepada penyokong selepas kelab kembali tersingkir ke divisyen kedua dengan lima perlawanan berbaki sambil menyifatkan prestasi mereka musim ini sebagai teramat memalukan.
Iklan
Pemain itu menyertai Leicester daripada kelab amatur, Fleetwood, dengan harga £1 juta (RM5.8j) pada 2012 sebelum menyumbangkan 198 gol dalam 435 penampilan.
Must-Watch Video