Skip to main content

Bola Sepak

James Ward-Prowse mampu jadi watak penting West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ward-prowse.jpg
West Ham mungkin bertambah mantap sebagai sebuah unit berikutan penjualan Declan Rice sementara James Ward-Prowse mengambil tempat pemain tengah itu, menurut Harry Redknapp.

Rice menyertai Arsenal dengan rekod kelab £100 juta (RM590.8j) pada bulan lalu setelah menamatkan musim terakhirnya bersama The Irons dengan menjulang trofi Liga Persidangan Europa pada Jun lalu. 

Di sebalik keuntungan yang dijana menerusi penjualan Rice, West Ham mengalami kempen pra-musim yang mengecewakan dan pengurus, David Moyes, dilaporkan enggan bersua muka dengan pengarah teknikal yang baru dilantik, Tim Steidten.

Bagaimanapun, pembelian bekas kapten Southampton, Ward-Prowse, dan pemain antarabangsa Mexico, Edson Alvarez telah merangsangkan suasana di Stadium London.

Ward-Prowse menikmati penampilan sulung ketika West Ham menewaskan Chelsea 3-1 awal minggu ini untuk muncul sebagai pemain pertama yang merekodkan bantuan jaringan dalam penampilan sulungnya bersama kelab itu.




Dengan Ward-Prowse berbekalkan kemahiran bola pegunnya ke Stadium London, Redknapp -- yang pernah beraksi untuk West Ham di antara 1965 dan 1972 selain menguruskan kelab di antara 1994 dan 2001 -- positif tentang prospek masa The Hammers.

Ditanya mengenai cara West Ham merekrut pemain, Redknapp memberitahu Stats Perform: "Saya sukakan Ward-Prowse. Dia seorang pemain yang bagus dan kelihatan mempunyai karakter yang baik serta seorang budak yang baik.

"Jadi ya, mereka boleh menjadi pasukan yang lebih ampuh pada tahun ini berdasarkan wang yang mereka kumpulkan. Mereka telah kehilangan seorang bintang tetapi mereka berpotensi membeli beberapa pemain yang sangat bagus dengan wang itu.

"Saya fikir ia adalah urusan perniagaan yang baik buat West Ham. Saya fikir West Ham akan baik-baik saja."

Advertisement

Must Watch Video