Skip to main content

Bola Sepak

James Milner bawa aura berbeza di Anfield, kata Jurgen Klopp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milner.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan lanjutan kontrak James Milner sebagai satu berita mustahak sambil memuji pemain tengah itu telah memperkenalkan satu standard tinggi di Anfield.

Milner menyertai The Reds secara percuma daripada Manchester City pada 2015 dan sejak itu menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka dengan menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (UCL), Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA.

Keraguan terhadap masa depan Milner terus berlegar memandangkan kontraknya akan tamat akhir bulan ini dan malam tadi bekas pemain antarabangsa England itu telah bersetuju untuk menyambungnya selama setahun lagi. 

Pemain berusia 36 tahun itu muncul 39 kali sepanjang musim ini dengan memulakan 14 perlawanan untuk 1,380 minit aksinya.

Klopp menyatakan kegembiraannya untuk mengekalkan tonggak berpengalaman itu di Merseyside untuk semusim lagi.

"Saya gembira dengan berita ini. Ia penting untuk semua," katanya kepada laman sesawang Liverpool.

 

"Banyak yang dibawanya berdasarkan kepimpinan dan pengaruhnya di bilik persalinan. Sudah tentu ia tepat dan wajar, malah tiada siapa yang dapat mempertikai kualitinya di atas padang, di mana dia terus beraksi di tahap yang membawa maksud kami tidak sanggup kehilangannya. 

“Tahap profesionalismenya menjadi penanda aras bagi mana-mana atlet dan itulah sebabnya dia menetapkan rentak buat pasukan ini menerusi kebolehan dan sikapnya.

“Kami mengharungi kempen paling panjang musim lalu tetapi Millie semakin mantap dan lebih baik serta lebih berpengaruh apabila ia berlangsung.

“Biasanya, perbincangan lanjutan kontrak tertumpu kepada mengenai apakah jenis sumbangan yang kami lihat dia buat sebagai pemain.

"Jawapan saya kepadanya adalah sama seperti yang saya akan kongsikan dengan penyokong: kami tidak mahu membatasinya. Kami hanya mahu perkara yang sama daripadanya lagi kerana ia tidak mungkin boleh ditukar ganti. Dia masih mampu melakukannya dan kami masih memerlukannya.

"Jadi saya bersyukur dia menyahut seruan ini dan bersetuju untuk menawarkan kerjayanya yang luar biasa selama setahun lagi. Lebih banyak lagi kejayaan akan menyusul."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video